dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Program Tekad @ Nadi Presint 16

28 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

27 JUN 2026, SABTU - Program TEKAD (Teknologi, Etika, Keterangkuman & Akses Digi-tal) merupakan inisiatif di bawah Sektor Pembangunan Industri melalui Bahagian Kesedian Masa Depan PMKS dan Industri yang merupakan latihan peningkatan kemahiran digital yang inklusif, yang direka untuk memperluas akses yang saksama kepada pembelajaran digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi golongan yang kurang mendapat akses.

Program ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa golongan rentan, termasuk komuniti neurodivergen dan penjaga, wanita, golongan B40 serta orang kurang upaya (OKU), melalui pembangunan kemahiran digital, peningkatan keyakinan dalam penggunaan teknologi, serta pemupukan amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, TEKAD bertujuan mengurangkan jurang digital serta memperluas penyertaan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan ekonomi digital.

Seramai 8 orang peserta daripada Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) telah menyertai program ini yang telah diadakan di bilik latihan NADI Presint 16. Program ini bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 5:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.