Mahir Forum Musim Ke-Empat Bersama Komuniti
6 Julai 2026 | Aktiviti Terkini05 Julai 2026 (Jumaat) – Mahir Forum Intake 4 Bersama Komuniti telah diadakan di NADI Presint 16. Bagi Sesi Zon Selatan & Tengah berlangsung pada 3 Julai 2026 (Jumaat pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang) dan bagi Sesi Terbuka pada 5 Julai 2026 (Ahad pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari).
NADI Mahir adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kehidupan komuniti. Program tersebut berlangsung dengan peserta diberi penerangan tentang lima modul kemahiran yang ditawarkan antaranya ialah Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar. Peserta juga mengetahui lebih lanjut tentang dua program baharu Mahir iaitu Mahir Microsoft dan Mahir Prompt Engineer.
Selain itu juga, penerangan tentang kemudahan ataupun peralatan yang akan disediakan. Manakala ada sesetengah kelas mahir perlu membawa alat sendiri. Seterusnya, taklimat di akhiri dengan cabutan bertuah bagi peserta yang berdaftar. Taklimat telah berlangsung secara atas talian menggunakan Google Meet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: