dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Saringan Pertandingan E-Sukan X Nadi (Mlbb) Musim 4 Di Nadi Presint 16

6 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

5 JULAI 2026 (AHAD) – Telah berlangsung Saringan Pertandingan e-Sukan X NADI (Mobile Legends: Bang Bang) Musim 4 bertempat di NADI Presint 16. Program ini bertujuan mencungkil bakat pemain e-Sukan dalam kalangan komuniti setempat di samping mengeratkan hubungan antara peserta melalui pertandingan yang sihat dan berdaya saing. Seramai lima pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, iaitu Daus Sigma, Tep Esport, Dream, Budak Bingai dan SVG.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan peserta pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Seterusnya, peserta mengikuti sesi Perangi Berita Palsu selama 30 minit bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menilai kesahihan maklumat sebelum dikongsi. Pada jam 10.30 pagi, sesi taklimat pertandingan telah diadakan dengan penerangan mengenai syarat dan format pertandingan. Peringkat kumpulan dijalankan menggunakan format Round Robin sebanyak lima pusingan, manakala perlawanan akhir menggunakan format Best of 3 (BO3).

Perlawanan akhir berlangsung pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang dengan aksi yang sengit antara pasukan yang layak. Pasukan Daus Sigma berjaya muncul sebagai juara, diikuti Tep Esport sebagai naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Dream, manakala Budak Bingai dan SVG masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar pada jam 2.30 petang sebelum program bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.